PRU-13: Karpal mula bimbang senario berebut kerusi
PULAU PINANG 13 April - Pengerusi DAP, Karpal Singh mula bimbang dengan senario perebutan kerusi dalam kalangan parti-parti pembangkang kerana ia boleh mengundang kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Menurutnya, wujudnya pertembungan sesama parti pembangkang di satu-satu kawasan ia sudah pasti menyukarkan pakatan itu mencatatkan keputusan yang lebih baik.
"Dalam bab pengagihan kerusi yang menjadi perbualan ketika ini, perlu ada sikap tolak ansur tentang parti mana yang layak bertanding di sesuatu kawasan.
"Ini perlu supaya situasi pertembungan sesama sendiri dapat dielakkan walaupun tidak semua akan berpuas hati," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut perebutan kerusi yang berlaku dalam pakatan pembangkang di beberapa negeri khususnya membabitkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). - UTUSAN ONLINE
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment