Saturday 6 April 2013

Akujanji

CIRI-CIRI UTAMA:
+BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

+112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

+Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018
.
+Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

+Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia.

+Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

+Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah 'perkongsian kemakmuran' bersama rakyat.

+BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150
.
+Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

+Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

+Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

+1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

+Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

+Membina Lebuh raya Pan Borneo.
Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

+Sekolah satu sesi diperluaskan.
Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

+Transformasi sekolah vokasional.
4,000 anggota Polis setiap tahun.
Penggunaan SafeCam.

+Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

No comments:

Post a Comment