Thursday 4 July 2013

DOSA MURSI

Dosa-dosa Dr. Muhammad Mursi selama memerintah negara Mesir.(baca keseluruhan)

Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi?Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Mursi. Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang.

Berikut tulisan lengkapnya:

Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.

Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.

Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.

Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.

Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.

Itulah "dosa" insan bernama Morsi. Orang Islam amal sekular ini memang rapat dengan Amerika & Yahudi. Dan mereka tidak pernah akan sokong agenda Islam walaupun mereka kalah dibawah sistem mereka cipta.

Monday 6 May 2013

PENANG IS FREE, SO SELANGOR?


DAP membuktikan mereka masih lagi unggul menakluki Penang. Harapan dan masa depan Rakyat Penag terutama Melayu akan terbela. Mempertaruhkan 1 undi untuk setiap individu... maka Penang Sah menjadi Hak DAP

Episod Segala FREE akan menyusul. Mana tidak Bertuahnye Penduduk penang apabila semua Akan dinikmati percuma. Internet percuma, petrol murah, tol jambatan free mungkin naik feri juga akan free..... USM , UITM , segala yang berada dalam Penang Akan Free.....

PRU 13 menyaksikan beberapa TOL yang akan dimansuhkan khas untuk membela jasa baik Pengundi yang mengundi Mereka. Selangor akan memberikan akses laluan lebuhraya percuma.... Tiada lagi Tol .... UNISEL akan menjadi gedung ILMU PERCUMA untuk sema lapisan penduduk Selangor . WANG tiada nilai melainkan ilmu .... dengan akses internet percuma , semua akan melayari internet dan tidak perlu ke Mc Donald , Starbuck dan Coffee Bean untuk mendapatkan internet.

GuruAgama akan menikmati ganjaran atas sumbangan menuju ke syurga yang menuntut pembayara  yang setimpal. Golongan tua dan ibu tunggal juga sama merasa kemanisan diperintah barisan Pakatan. Apa yang perlu kita risaukan jika elaun ibu tunggal  akan dinaikkan, ada internet di rumah percuma, air bersih percuma dan harga petrol juga akan jauh lebih murah berbanding Perak, Melaka, N9....

Selangor akan menjadi hub perniagaan.Dengan jaringan jalanraya yang bebas tol, petrol rendah, aman dan bebas jenayah menarik minat pelabor luar untuk membeli syer dan saham terutama milik kerajaan negeri Selangor. dengan cukai yang rendah dan tidak membebankan peniaga , maka tidak hairanlah jika Kota Raya KL akan ditelan Selangor.

Syabas ....
Mungkin ini yang terbaik pernah Rakyat nikmati...
Kami Di Luar ini sangat berharap agar  kemewahan yang dinikmati Penduduk Selangor akan meluas ke seluruh Malaysia....

Saturday 4 May 2013

Ini Kali Lah

MAKSUD SEBENAR - Ini Kali Lah

Ini kali lah atau ayat asalnya inni ka lillah. Jika bukan Islam sebut Inni Ka Lillah, ianya akan berbunyi Ini Kali Lah.

Apakah maksud inni ka lillah? Ianya dalam bahasa arab yang membawa maksud Aku Tuhan Kamu. Dan ungkapan ini telah diceritakan adalah dibawa oleh Dajjal dalam menyesatkan manusia. Dajjal akan sentiasa berkata kepada manusia yang dia adalah tuhan dan dalam masa yang sama menunjukkan kebolehan dia melakukan sesuatu yang bakal memperngaruhi manusia. Ianya bakal merosakkan iman manusia.

Apabila terhimpunnya manusia, maka dajjal akan menyuruh manusia memilih antara syurga dia (yang sebenarnya neraka Allah)  atau nerakanya (sebenarnya Syurga Allah).
Maka mereka yang sesat dengan kepandaian dajjal menunjukkan kebolehannya memilih syurga dajjal. Maka ke neraka Allah lah dia.

 Kini ayat tersebut dibawa oleh jeneral-jeneral dajjal di Malaysia. mereka dari kalangan DAP, PKR dan PAS sendiri. Kepada penyokong-penyokong beragama Islam  PAS dan PKR, fikirlah. Apakah anda ingin memilih syurga dajjal yang sedang dijaja oleh jeneral-jeneralnya? Atau anda ingin memilih neraka Dajjal yang ianya adalah syurga Allah SWT.

 Mereka kini datang membawa risalah dajjal sebagai tanda-tanda yang ketua mereka sedang bersiap sedia untuk keluar ke muka bumi  menyesatkan manusia. Apakah anda semua ingin bersama Dajjal? Apakah anda sudah sedia untuk bersama Dajjal? TOlaklah ejen-ejen dajjal yang sedang menguasai anda penyokong PAS dan PKR.

Kedah Times

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.