Masa tidak pernah lupa untuk berhenti.Tidak pernah Lena. Ini Janji yang tidak akan pernah dimungkiri. Begitu juga dengan kehidupan, diatas dan dibawah semua telah ditentukan. Lena dan Masa cuma akan berhenti pada suatu Masa yang juga tiada pasti Masa tetapi telah dijanji.
Tuesday, 30 April 2013
Sunday, 28 April 2013
UBAH?
SESUMPAH MATA 1
Thursday, 25 April 2013
Wednesday, 24 April 2013
Fwd: Masih Relevankah Perjuangan PAS?
Share
Masih Relevankah Perjuangan PAS?
Perjuangan PAS kini telah jauh tersasar dari arah tuju utama mereka. Segala usaha dan tekad mereka kini hanyalah berkiblatkan tampuk pimpinan Putrajaya. Sekilas lipatan sejarah memperlihatkan suatu ketika dahulu mereka cukup taksub dalam mentarbiyah ahli dan juga memperjuangkan negara Islam.
Atas sebab itu juga penyokong-penyokong PAS tidak gentar menghadapi apa sahaja rintangan. Malah suatu ketika dahulu, apa sahaja yang dilakukan tidak langsung mengharap sebarang ganjaran. Suruhlah mereka panjat pokok setinggi-tingginya untuk memasang bendera PAS, mereka akan berebut-rebut untuk melakukannya.
Semua ini lahir dari kepimpinan Haji Hadi Awang yang cukup istiqamah memperjuangkan penubuhan negara Islam. Kata-kata beliau dijadikan azimat buat penyokong-penyokong PAS berjuang di mana-mana sahaja tanpa rasa gentar.
"Kita rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kita rela ditolak oleh rakyat kerana melaksanakan suruhan ALLAH. Apalah maknanya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha ALLAH!"
Di manakah bermula detik-detik signifikan yang telah mengubah hala-tuju perjuangan PAS mutakhir ini? Kenapakah dari sebuah kelompok yang konsisten memperjuangkan negara Islam boleh bertukar sekelip mata? Tokoh yang sama juga terlibat dalam mengemudi arah tuju baru PAS. Beliau pernah berkata pada Januari 2003:
"Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif terdahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan HUDUD di peringkat persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini."
Perubahan radikal yang dibawa oleh TGHA ini jelasnya adalah untuk memenuhi keperluan kesepakatan antara DAP dan juga PKR. Lazimnya DAP tidak sesekali akan berganjak dengan prinsip mereka yang menentang sekerasnya penubuhan negara Islam dan juga undang-undang hudud. Formula ini telah memberi pulangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU12.
Persoalannya sekarang, adakah wujud lagi keperluan bagi orang Melayu Islam menyokong PAS?
Ini adalah kerana PAS tidak lagi berbeza dengan UMNO. Segala aspek yang kini diperjuangkan oleh PAS seperti Negara Berkebajikan telah lama diimplimentasi oleh Barisan Nasional. Malahan sekarang golongan ulama sudah semakin disisihkan oleh pimpinan utama PAS. Nama-nama besar seperti Ustaz Nasharuddin dan juga Hasan Ali disisihkan dan diganti dengan pemimpin yang lebih liberal pandangan mereka terhadap Islam.
Masih relevankah perjuangan PAS kini?
Pendekatan liberal ini jelas terpancar apabila isu penggunaan kalimah suci ALLAH di dalam Kitab Injil berbahasa Melayu dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat. Hanya setelah menerima tamparan hebat oleh bukan sahaja golongan ulama dalam PAS malahan majoriti rakyat Islam, barulah PAS membatalkan sokongan mereka terhadap isu ini. Namun ini tidak memadamkan kesangsian Melayu Islam di Malaysia tentang keikhlasan PAS memperjuangkan Islam.
Kesangsian tersebut semakin menebal apabila TGHA dilaporkan berkata pada 3.11.2012: "Kita mengikut kesesuaian termasuk melalui jangkaan penerimaan pengundi untuk menjamin kemenangan. Sebab itu kita tidak boleh dan tidak meletakkan calon bertanding begitu sahaja, kita mahu calon itu menang."
Maka lengkaplah transformasi PAS dari sebuah parti yang berlandaskan Islam dalam segala aspek kepada sebuah parti demokratik liberal yang akan mengambil kira keperluan dan kesesuaian masa kini sehingga mengenepikan niat penubuhan negara Islam dan Hudud.
Dengan kata lain, PAS bukanlah Parti Islam Se-Malaysia yang selama ini tegas memperjuangkan agenda-agenda Islam.
Zul Azry Khalil, Alor Setar.
Thursday, 18 April 2013
Wednesday, 17 April 2013
Tuesday, 16 April 2013
Need Batman, Ultraman TO WIN
The expose regarding the help given by Malaysia's neighbouring country's political party, People's Action Party (PAP), Singapore towards Malaysian Opposition is not a new thing. That is why, when the media revealed DAP's organized assistance for PR in facing GE-13, many are not shocked.
However, PAP's help towards PR, especially DAP this time around is much bigger and open, up to the point where Singapore Government announced 2-days special holiday on May 3, Friday and May 6, Monday in conjunction of election day on May 5, Sunday. Singapore government will also provide fuel allowance for its citizens who are involved in helping PR for Malaysia's General Election. Workers under PAP are ordered to help DAP's machinery during the whole period of campaign.
Let's never forget that two of PAP's founders, are still leading DAP since 1967, Lim Kit Siang and Devan Nair (Bangsar MP), proving that PAP and DAP are the same entity. PAP was formed from the spirit of kiasu, racist and hate against Malays. If we are to study the history of Singapore, we will find that one of the reasons they left Malaysia was because they refuse to accept Malay Muslim rulers!
And that is where PAP's racist agenda in helping DAP in Malaysia for GE-13 gets obvious, as the special holiday for Malaysian citizens are only given to Chinese, hoping that they would vote for DAP. Not just that, seven buses have been prepared by one of the tycoons of the country to help those who do not have any transport to travel to Malaysia.
Lim Kit Siang's decision to contest in Gelang Patah, Johor is also seen as an agenda which could bring Malaysia 'closer' to Singapore.
Previously, it was revealed that PAP was involved in BERSIH as well as the demonstration against Lynas. In short, our neighbour can never see Malaysia getting more than them, and they would do anything they can to threaten the stability and strength of Malaysia.
Lee Kwan Yew's ambition to rule Malaysia has never died, and Malaysia will never forget his ambition. Even though physically, Malaysia seem negligent, but fact is, Malaysia has its own way to handle the matter.
Singapore has been detected a few times intruding Malaysia's air space, however, as wise and mature neighbour, this country has never taken any hasty decisions to take actions against Singapore. Even though Singapore is famous for being kiasu where they would never admit their mistake or they every did wrong, Malaysia is still being patient and calm in facing this one neighbour.
This is because we are aware of how Singapore really is, a country led by Chinese racists which think that they are as good as the West. Their 'colonized' mentality is so strong that they are proud if they are linked with the west, especially when the country is trusted to become the western 'agent' for this region.
Moreover, the jealousy, greed and kiasu attitude among the leaders of this small country always lead them to hate Malaysia, which they think is 'stupid' because it is being led by Malays. Other than Lee Kwan Yew's illogical personal grudge against Malays, Malaysia is always under the watchful eyes of Singapore thanks to its potential in terms of economy and investments. And just like those in the West, no one knows why even Singapore views Islam in Malaysia as an issue, even if not threat.
Whatever it is, choosing the government is in our hands, not Singapore. As for now, we have seen that DAP is not that smart, they are so stupid that they do not even know how to count votes, all exposed. So, do believe that the arrogant PAP is just as same, not as smart as they look. PAP is not mature enough to understand that there is more than just country's wealth, there are peace, stabilization and humanity.
That is why, let them feel superior as they try to invade us anyway they wish, we do not lose anything because smart people do not have to show that they are smart or even be arrogant about it. Smart people should know that arrogance only lead towards a downfall.
Cuti Cuti Malaysia
PENGIKUT HEMPAS PULAS KEMPEN, ANWAR CUTI DI PARIS
Pada 12 April lalu akhbar kewangan berpengaruh di Amerika Syarikat, Financial Times menerbitkan temuramah dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Beberapa persoalan timbul berhubung dengan artikel yang memfokus kepada pandangan Anwar mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal pada 5 Mei depan. Pertama temuramah tersebut diadakan di sebuah hotel lima bintang bernama Hotel Bristol di ibukota Paris di mana hadir sama adalah alah seorang anak perempuan beliau. Ketika parti-parti pembangkang sibuk mengatur strategi untuk berdepan PRU13 yang akan menentukan hidup mati mereka, Anwar serta keluarga bersenang lenang bercuti di Paris bertemu dengan wartawan asing.
Di sini rakyat perlu bertanya di manakah komitmen seorang yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri tetapi sempat mencuri masa yang berharga untuk berlibur di luar negara sementara anak-anak buah di negara sendiri berhempas pulas memperjuangkan agenda politik peribadinya tanpa mereka sedari. Kedua, wartawan yang menemuramah beliau bernama Simon Kuper bukanlah seorang yang pakar di dalam bidang politik apatah lagi untuk menulis mengenai pilihan raya dan senario politik Malaysia. Mengapa Financial Times hanya menugaskan seorang wartawan sukan untuk menemuranah Anwar adalah agak ganjil apabila akhbar itu mempunyai ramai penulis politik yang hebat seperti George Parker, Jim Packard, Philip Stephens dan lain-lain.
Isu-isu ang dibangkitkan oleh Anwar juga lebih bersifat memburuk-buruk imej negara dan kerajaan Malaysia, sesuatu yang sudah sebati dengan Anwar dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Beliau merendah-rendah sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini yang mana beliau meningkat mendadak bukan sahaja dalam hieraki parti UMNO dari ahli biasa kepada timbalan presiden tetapi juga menjadi ahli parlimen Permatang Pauh hingga menduduki kerusi timbalan perdana menteri hanya dalam tempoh 11 tahun. Ramai ahli UMNO dan juga anggota kerajaan yang merangkak setapak demi setapak menaiki tangga karier politik berpuluh-puluh tahun sebelum mereka mampu menikmati gelaran Yang Berhormat. Umpamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengharungi arus perjuangan politik selama 33 tahun sebelum beliau dipilih menduduki nombor satu dalam pentadbiran negara.
Anwar memperlecehkan konsep Ketuanan Melayu sambil berjanji untuk memperkenalkan sistem demokrasi yang lebih bersifat pelbagai ethni Mungkin disebabkan terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri beliau lupa bahawa kewujudan Malaysia dan kemerdekaan ang dicapai oleh negara ini pada 1957 adalah hasil muafakat dan hubungan etnik yang erat antara orang-orang Melayu, Cina, India dan pelbagai suku kaum di Sabah dan Sarawak. Formula muhibbah dan kerjasama rapat antara kaum inilah yang terus disambung dan diperkukuhkan di bawah pentabdiran Datuk Seri Najib melalui konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Anwar juga berbohong apabila beliau mengatakan nyawanya dalam keadaan bahaya dan mungkin menjadi mangsa pembunuhan politik. Ini adalah satu lago sandiwara Anwar yang paling tidak masuk akal seperti juga wayang sakit tulang belakang dan isu arsenik. Bagi mereka yang masih ingat, timbul satu isu hangat sekitar tahun 1999 ketika beliau menjadi banduan Penjara Sg Buloh di mana pembangkang memfitnah kerajaan cuba membunuh Anwar melalui keracunan arsenik. Pembangkang mendakwa kesan daripada keracunan arsenik itu dilihat daripada keguguran rambut Anwar namun setelah lebih 14 tahun isu itu digembar gemburkan Anwar masih hidup segar bugar serta mampu diinterbiu oleh media asing di Paris pula! Anwar juga berbohong apabila mengatakan semasa di penjara, beliau menyaksikan ramai banduan diseksa dan mendakwa beribu banduan yang merengkok dalam penjara di seluruh negara ini dilayan seperti itu.
Jika benar perkara ini berlaku mengapa Anwar tidak melaporkannya kepada Suruhanjaya Hak Manusia (Suhakam) atau menggunakan platform kegemarannya, Suaram seperti mana dalam isu Scorpene. Jika pembangkang boleh menyebar propaganda serta mensensasikan isu berhubung kematian individu seperti Teoh Beng Hock dan A. Kugan, apatah lagi apabila ia melibatkan beribu-ribu individu lain? Tuduhan Anwar yang tidak logik ini adalah hasil kebencian beliau terhadap kerajaan kerana menghalang beliau daripada mengapai kerusi perdana menteri yang amat diidamkannya itu. Financial Times mengambarkan Anwar sebagai seorang yang kononnya sudah insaf dan sedari kesalahannya daripada seorang tokoh yang memperjuangkan Ketuanan Melayu bertukar kepada pemimpin Melayu yang bongkak kepada pemimpin yang sudah belajar daripada kesilapannya. Sebenarnya Anwar tidak pernah berubah sejak dari zaman memimpin Abim hinggalah menganggotai pentadbiran kerajaan dan mengakhiri karier politiknya sebagai ketua pembangkang. Ia tetap seorang yang 'arrogant' atau bongkak seperti mana yang ditonjolkan oleh Financial Times. Anwar adalah seorang 'political animal' yang menggunakan agama Islam sebagai baju politiknya bagi mengaburi mata musuh dan taulan. Dalam kosa kata Anwar tidak ada istilah ketaatan atau berbudi, semua yang mampu ditunggangi atau eksploitasi akan beliau pergunakan sehabis mungkin. Yang penting bagi Anwar ialah menjayakan agenda politiknya dan pengaruh lobi Zionis-Yahudi yang memainkan peranan utama dibelakangnya. ends
Sent from my iPad
Gelabah Beruk Anwar Menjadi jadi
Sikap Teragak-Agak Anwar Ibrahim Akan Memakan Pakatan Rakyat
Pemimpin-pemimpin sepatutnya berkebolehan membuat keputusan jitu, kemudian melaksanakannya tidak kiralah apa pun halangan yang datang. Malang buat Pakatan Rakyat, "ketua umum" mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim kini lebih kerap menunjukkan sikap beliau yang teragak-agak.
Tak perlu kita bincangkan tentang keputusan untuk rakyat, sedangkan minggu lepas Anwar sendiri gagal membuat keputusan jitu untuk dirinya sendiri. Ramai yang terkejut betapa Anwar gagal membuat keputusan tentang kerusi mana yang beliau akan bertanding, yang disusuli dengan tindakan "flip-flop" sebelum akhirnya beliau ambil keputusan untuk terus mempertahankan kerusi Permatang Pauh.
Kenapa Anwar kerap berbelah-bagi?
Sebenarnya beliau dikenali sebagai seorang yang tidak pernah ada keputusan tetap, beliau lebih gemar mendiamkan diri atau menghilangkan diri apabila sesuatu keputusan penting harus dibuat. Respon beliau kepada kontroversi-kontroversi yang melanda pakatan pembangkang, sebagai contoh penggunaan kalimah Allah, isu hudud, isu kepolisian moral oleh PAS di Kelantan dan sebagainya adalah hanya berdiam diri.
Anwar mungkin lebih gemar jadi seorang pemerhati pada saat-saat getir sebegitu, namun Pakatan Rakyat bakal menghadapi ujian yang sukar pada PRU13 ini, dan ramai orang bimbang dengan sikap Anwar ini. Bukan kerana beliau seorang yang tiada kebolehan, tapi kerana beliau tidak mampu membuat kata putus atau mempertahankan kepercayaan beliau (yang kerap juga bertukar setiap kali).
Kini Anwar berhadapan dengan masalah apabila ketua umum PKR sendiri dikritik oleh ahli-ahli parti kerana calon-calon pilihan beliau hanya terdiri daripada rakan-rakan dan sekutu-sekutu rapat beliau sahaja.
Kita juga bakal berhadapan dengan seorang blogger pro-kerajaan yang mencabar Anwar di tempat sendiri pada PRU13 nanti.
Nampaknya semakin ramai yang berani mencabar Anwar kerana kelemahan beliau yang gemar menjaringkan gol sendiri.
Tidak hairanlah kenapa Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang merasakan diri beliau layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri kerana calon PM Pakatan Rakyat adalah seorang yang banyak kelemahan untuk menggapai cita-cita menggunung beliau menjadi PM Malaysia.
Segala kekalutan dalam Pakatan akan bertambah teruk menjelang tibanya PRU13. Keputusan tentang calon harus segera dibuat dan polisi-polisi harus diperjelaskan kepada rakyat. Berdasarkan rekod prestasi Anwar yang teruk, sebagai contoh beliau membelakangi keputusan Pakatan untuk menutup loji nadir bumi Lynas dalam tempoh dua minggu selepas melancarkan manifesto, kita pasti tidak ramai yang mengharapkan kepimpinan yang kukuh dar beliau sekiranya beliau memegang jawatan PM.
Semua ini memang nampak seperti isu-isu kecil atau picisan, tapi fikirlah, adalah sikap sebegini akan membawa kebaikan kepada negara seandainya Pakatan berjaya merampas Putrajaya?
Pakatan pembangkang dilihat menghampiri pilihanraya ini dengan kaedah yang sangat amatur, dengan persediaan yang lemah, dengan masalah pemilihan calon yang jelas, dengan polisi-polisi yang tergesa-gesa dan populis, dan mereka juga berada di bawah telunjuk seorang pemimpin yang tidak pernah bersedia untuk memberikan komitmen kepada apa-apa.
Artikel asal: http://www.thechoice.my/top-stories/64510-indecisive-anwar-inflicts-own-goal
N0.12, Jalan Mangsamaju 4
Taman Perindustrian Maju Jaya
KL, KL 768888
Malaysia
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1
Monday, 15 April 2013
SHUT UP
Lim Kit Siang telah mengarahkan pemimpin DAP menutup mulut ekoran terdapatnya perbalahan dalaman antara parti cauvinis Cina itu. Usaha itu dibuat ekoran usaha DAP yang cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum, sedangkan jelas hak kaum lain di dalam DAP diketepikan.
Apa buktinya? Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAP, sebaliknya calon Melayu, Zairil Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi." Apa lagi kata Kit Siang?
Perbalahan dalam DAP terus jelas dengan arahan Lim Kit Siang terkini, DAP juga bertelagah dengan PKR apabila Dr Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk Seri Dr Chua Jui Meng. Malah apabila dikritik oleh Dr Boo, Kit Siang telah memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng agar mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.
Dengan alasan itu, Dr Boo perlu untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah. Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi sesuai untuk menerajui DAP di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya. Malah Kow Meng turut mengatakan, Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman.
Ia ekoran dari kenyataan Dr Boo sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak kesayangan Guang yang juga merupakan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng kerana memanipulasi keadaan dalam menamakan calon-calon di Johor. Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti baru-baru ini membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti. Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri Mengkibol.
Bekas anggota dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas. Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat.
"Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.
Apa jadi kepada Jui Meng? Dia diberi kerusi Segamat, sebaliknya Kit Siang memperolehi kerusi Gelang Patah. Kesian Jui Meng ... Bertahun bekerja di Johor tapi dicampak ke kerusi yang dia sendiri belum yakin menang, sedangkan Kit Siang pula terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang Patah.
Jelas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kit Siang akan mencetuskan perbalahan kaum di Gelang Patah jika menang juga ada asasnya. Arahan kepada pemimpin DAP untuk menutup mulut jelas menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi "warlord" dalam DAP.
Semua orang kena dengar cakap dia, kalau tidak tiada harapan terselamat. Kemudian hari ini di Johor mereka berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat ni.
Konon Dr Boo bersalaman dengan Jui Meng, sedangkan kedua-duanya difahamkan masih lagi bertelagah. Kalau penyelesaian merebut kerusi pun tak boleh selesaikan, apatah lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir negara.
Hancur Malaysia kalau mereka perintah, mangsanya rakyat. Pada masa itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak boleh buat apa, kecuali buat bodoh sahajalah. Sebab dia dah menyesal bekerjasama dengan dua parti yang kononnya memperjuangkan rakyat, tapi hanya nak jadikan Anwar sebagai perdana menteri.
Sunday, 14 April 2013
Sidek Baba - Anwar seorang yang bermasalah
Saturday, 13 April 2013
Karpal Pening
PRU-13: Karpal mula bimbang senario berebut kerusi
PULAU PINANG 13 April - Pengerusi DAP, Karpal Singh mula bimbang dengan senario perebutan kerusi dalam kalangan parti-parti pembangkang kerana ia boleh mengundang kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Menurutnya, wujudnya pertembungan sesama parti pembangkang di satu-satu kawasan ia sudah pasti menyukarkan pakatan itu mencatatkan keputusan yang lebih baik.
"Dalam bab pengagihan kerusi yang menjadi perbualan ketika ini, perlu ada sikap tolak ansur tentang parti mana yang layak bertanding di sesuatu kawasan.
"Ini perlu supaya situasi pertembungan sesama sendiri dapat dielakkan walaupun tidak semua akan berpuas hati," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut perebutan kerusi yang berlaku dalam pakatan pembangkang di beberapa negeri khususnya membabitkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). - UTUSAN ONLINE
Sent from my iPad
Penyu Sekolah
Thursday, 11 April 2013
Wednesday, 10 April 2013
Tuesday, 9 April 2013
Monday, 8 April 2013
PAS SOKONG LAHAD DATU
KUALA LUMPUR 18 Mac - Sejak bermulanya pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah 12 Februari lalu, Pas dan pakatan pembangkang terus-terusan mempolitikkannya malah parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam menutup sebelah mata apabila pimpinan parti sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuduh ia sebagai sandiwara UMNO.
Sehingga saat berita ini ditulis, tiada mana-mana pimpinan Pas yang menyatakan secara terbuka tidak bersetuju, membantah atau menolak kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa kononnya ia adalah sandiwara semata-mata. Sedangkan, tuduhan itu telah pun mengguris perasaan rakyat Malaysia terutama keluarga pasukan keselamatan negara yang bertugas memerangi pengganas di Lahad Datu.
Selain itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dalam satu ceramah di Ulu Tiram, Johor malam semalam masih mempolitikkan insiden pencerobohan itu.
Beliau mendakwa ia berpunca daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak memajukan Lahad Datu sebaliknya ia masih dibelenggu kemiskinan. Sedangkan, jelas umum mengetahui bahawa kumpulan pengganas Sulu itu datang menceroboh kerana ingin menuntut lebih pampasan daripada Sabah.
Banyak lagi hujah Pas dan pakatan pembangkang untuk menghalalkan perbuatan mengaut keuntungan daripada politik kotor mereka dengan menabur tuduhan dan dakwaan songsang berhubung insiden pencerobohan itu.
Namun, yang peliknya, ketika Pas menerusi pemimpin-pemimpinnya masih memaki-hamun kerajaan dan pasukan keselamatan berkaitan insiden itu di pentas-pentas ceramah mereka, parti itu tampak semakin bercelaru pendirian apabila kini melancarkan tabung bagi membantu perwira di Lahad Datu.
Ia dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas pusat dan dinamakan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu. Lebih mengelirukan apabila akaun Maybank untuk menyalurkan sumbangan tidak sama dengan nama tabung itu sebaliknya atas nama Tabung Rakyat Prihatin.
Promosi mengenai tabung itu dilakukan oleh Pas menerusi lidah rasmi online parti itu, Harakah Daily dan ia boleh dilihat menerusi URL http://bm.harakahdaily.net/index.php/home. (Lihat rakaman gambar muka hadapan portal berita Harakah Daily bertarikh hari ini.)
Tiada salahnya Pas melancarkan tabung itu jika dari awal parti tersebut dan para pemimpinnya bersikap positif dan lebih patriotik serta berpolitik matang, iaitu sama-sama menyokong dan memberi semangat kepada pasukan keselamatan yang dikerah memerangi kumpulan pengganas itu, lebih-lebih lagi ia melibatkan maruah negara.
Pelancaran tabung tersebut sudah pastilah tujuannya untuk disalurkan bagi membantu keluarga perwira atau anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu.
Tetapi tindakan melancarkan tabung itu saat ini dilihat seolah-olah langkah terpaksa dan terdesak parti itu untuk menarik kembali sokongan dan perhatian orang ramai setelah menyedari majoriti rakyat Malaysia kini sedang berang dan kesal dengan tindakan pembangkang yang terus-terusan mempolitikkan insiden pencerobohan berkenaan.
Pas mungkin baru terbuka mata dan menyedari bahawa patriotisme rakyat secara umumnya di seluruh negara kini pada tahap memuncak ekoran insiden pencerobohan oleh kumpulan pengganas Sulu itu.
Ini kerana di mana-mana saja dari kedai-kedai kopi, di pejabat-pejabat sehinggalah ke lounge hotel-hotel terkemuka, kebanyakan rakyat bercerita mengenai pencerobohan itu dan masing-masing sentiasa ingin tahu perkembangannya dan nasib setiap pegawai serta anggota pasukan keselamatan yang terlibat.
Pelancaran tabung tersebut sebenarnya tidak lebih sekadar gimik politik Pas untuk menunjukkan parti itu juga prihatin dengan apa yang berlaku walaupun lain ceritanya di pentas-pentas ceramah mereka.
Apa pun tujuan yang tersurat atau tersirat, Pas perlulah memastikan wang yang dikutip itu benar-benar sampai ke tangan keluarga perwira atau perajurit terbabit. Ini penting untuk parti itu membuktikan bahawa ia benar-benar ingin membantu, bukan sekadar tempelen politik. - UTUSAN ONLINE
Sent from my iPad
Manifesto
1. Menangani Kos Sara Hidup2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar3. Menyediakan Rumah Mampu Milik4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam10. Memperkasa Penyertaan Wanita11. Memenuhi Aspirasi Belia12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:14. Memerangi Gejala Rasuah15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus16. Gerakan Kesederhanaan Global17. Memulihara Sumber Semula Jadi
Harga kereta
Manifesto RakyatCukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manifesto BNMenyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional
Dasar PerumahanManifesto Rakyat
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.
Manifesto BN
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
Keretapi laju
Manifesto RakyatMemulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.
Manifesto BNMelaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar
Lebuhraya Sabah dan SarawakManifesto RakyatMemulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat
Manifesto BN
Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah
Royalti PetroleumManifesto rakyat
Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.
Manifesto BN
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang
Permit TeksiManifesto Rakyat
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu
“Pengkalan” dataManifesto rakyat
Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.Manifesto BNMemperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
Tanah wakafManifesto rakyatMenambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat
Manifesto BNMenjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
Pakej penggajian baruManifesto rakyatPakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan
Manifesto BNMemperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji