Saturday 23 March 2013

HARAM HUDUD PAS

HUDUD? 
Mana? 



HARAM ?
Kenapa Haram?

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Beberapa orang ulama di Kelantan berkata mengundi PAS dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana kerjasama parti tersebut dengan DAP yang mahu kalimah 'Allah' dibenarkan dalam kitab Injil Bahasa Melayu.

Menurut pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, kegagalan PAS mempertahankan Islam terutamanya penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik pemimpin PAS dilihat seolah-olah jahil agama.

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam.

"Dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam, maka disinilah kita berjihad, kita jangan undi PAS," kata Abdullah yang dipetik kenyataannya dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Abdullah, PAS perlu ditolak kerana menyokong kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyatakan sokongan ke atas hasrat DAP meskipun bertentangan dengan Majlis Syura Ulama PAS.

"Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu, adalah membenarkan kalimah Allah digunakan untuk bukan Islam," katanya lagi.

Ahli jawatankuasa Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd. Yusof al-Hafiz berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) kononnya atas tahaluf siyasi sebenarnya atas nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku ialah PAS adalah kuda tunggangan DAP.

"Tahaluf siyasi PAS adalah haram, maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta, antaranya PAS bukan parti dominan, sebaliknya kerjasama itu dibuat dengan DAP yang jelas menolak penubuhan kerajaan Islam.

"Tahaluf siyasi yang sebenar kita lihat jelas dalam Barisan Nasional, dimana Umno adalah 'imam' manakala MIC dan MCA adalah 'makmum' yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam," kata Mohd Syamsul lagi.

Seorang lagi ulama di Kelantan, Mohd Zawawi Awang berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan orang bukan Islam sama berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

"Gerakan ini sebenarnya bermula berpuluh tahun lalu dan masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari," kata Zawawi, yang juga ahli jawatankuasa Ikatan Cendikiawan Islam Kelantan (ICIK).

Isu penggunaan kalimah Allah timbul kembali pada Disember lalu apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga merupakan ketua menteri Pulau Pinang mendesak kerajaan membenarkan kalimah digunakan dalam bible versi Bahasa Melayu.

Pakatan pembangkang PAS, DAP dan PKR kemudiannya membuat ketetapan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan.

Walau bagaimanapun, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah adalah kalimah khusus Islam dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu. 


Sent from my iPad

1 comment: