Masa tidak pernah lupa untuk berhenti.Tidak pernah Lena. Ini Janji yang tidak akan pernah dimungkiri. Begitu juga dengan kehidupan, diatas dan dibawah semua telah ditentukan. Lena dan Masa cuma akan berhenti pada suatu Masa yang juga tiada pasti Masa tetapi telah dijanji.
Sunday, 31 March 2013
Tahun 2006 Tahun ANWAR
RISE n FALL OF ANWAR
Saturday, 30 March 2013
Bersatu bukan Bersekutu !!
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1
MYR 1Juta utk Sex
Wang menjadi juri
Kerana. Wang Menjadi Buta Mata (mata satu sebijik bendera PKR) dan hati
Last skali anak sendiri pun Jadi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1
Friday, 29 March 2013
KIRAM KARAM
Lim Pu Sing , Guan Nor Ter Eng Kau HaDAPla
Rakyat Penang Bangkit Menentang Pentadbiran Lim Guan Eng
Kebangkitan rakyat Penang yang bangkit menentang pentadbiran Lim Guan Eng pasti akan membuka mata rakyat Malaysia yang sebelum ini terpedaya dengan kata-kata pemimpin 'Ultra-Kiasu' dari DAP itu yang kononnya ingin mencontohi pemerintahan 'Khalifah Umar Abdul Aziz'. Ini kerana saban hari semakin ramai rakyat Pulau Pinang yang telah mula sedar, bangkit mengadakan bantahan terhadap kepimpinan mereka.
Terdahulu sekumpulan belia Penang yang terdiri dari kaum Cina dan India telah berhimpun dan berarak bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung keputusan kerajaan negeri untuk membina projek terowong mega dasar laut. Manakala semalam, dianggarkan hampir 10,000 rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai 'Himpunan Penyatuan Rakyat' yang membantah pentadbiran Guan Eng yang dilihat GAGAL membela nasib rakyat yang semakin tersepit sejak lima tahun lalu. Persoalan yang bermain diminda rakyat Penang ketika ini ialah, kenapa perlu bina terowong baru sedangkan Jambatan Pulau Pinang Kedua masih lagi belum beroperasi? Apakah ini satu cara untuk kayakan krooni-kroni DAP Penang? Tambah menghairankan ialah, DAP yang selama ini berpegang kepada idealism 'sekular' masih lagi gagal menjelaskan dakwaan berkenaan projek terowong dasar laut bernilai RM8 billion itu, yang dilaksanakan tanpa tender terbuka.
Tambah menghairankan ialah, DAP yang selama ini berpegang kepada idealism 'sekular' masih lagi gagal menjelaskan dakwaan berkenaan projek terowong dasar laut bernilai RM8 billion itu, yang dilaksanakan tanpa tender terbuka. Ia secara tidak langsung membuktikan persepsi rakyat yang merasakan wujud kegiatan rasuah, nepotisme dan kronisme dalam pemberian tender projek tersebut. Malah majoriti rakyat merasakan projek tersebut tidak mendatangkan sebarang manfaat tambahan, kerana pada ketika ini rakyat di Pulau Mutiara itu amat memerlukan rumah kos rendah. Ditambah dengan kesesakan trafik yang macam gamps!, kerajaan negeri sepatutnya tidak kalut untuk membina 'tunnel'.
Mereka sepatutnya selesaikan dahulu masalah-masalah utama yang mencengkam denyut nadi rakyat sekiranya benar-benar ingin mencontohi pemerintahan khalifah Islam. Ini tidak, baru sepenggal menerajui kepimpinan negeri, mereka pakat kalut membuat projek mega yang dilihat bakal menggangu pelabuhan dan bentuk geografi bahagian pulau tersebut yang dikhuatiri boleh menenggelamkan negeri tersebut. Yang lebih menarik, ketika Anwar pakat sibuk ceramah di setiap pelosok negara untuk memansuhkan tol, DAP selaku sekutu akrab membuat keputusan untuk mengenakan tol bagi projek terowong mega dasar laut itu. Malah ketika ditanya berhubung isu tol tersebut, Guan Eng dengan nada 'selamba badak' menyalahkan kerajaan persekutuan. Sungguh pelik dan menghairankan.
Mereka yang memutuskan untuk membuat projek mega, dan mereka juga yang memutuskan untuk mengenakan bayaran tol tetapi kerajaan BN/Umno yang dipersalahkan. Inilah yang dinamakan sandiwara pakatan pembangkang yang hidup atas dasar pembohongan dan penipuan. Walaupun semakin ramai yang telah sedar, namun masih ada dikalangan pencacai yang enggan menerima fakta dan hakikat sebenar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat sekiranya suatu ketika nanti, pakatan pembangkang pimpinan Anwar mengatakan 1 + 1 bersamaan dengan 4, akan ada dikalangan pencacai yang akan berdiri dan mengatakan ia betul. Ini kerana walaupun sedar jawapan yang diberikan itu adalah salah, namun disebabkan taksub, mereka terpaksa menerima penipuan dan pembohongan itu sebagai fakta sebenar.
Sent from my iPad
Media Auta Pembangkang
Kebebasan Media ala Pakatan Pembangkang Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga. Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media. Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam 'Manifesto Bukan Janji' yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan. Sedangkan menurut J.C Merrill melalui bukunya 'Kewartawanan Sejagat, 1977' mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut. Namun begitu, Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144. Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146). Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu sahaja. Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media? Harakah sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini? Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media. Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media. Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media. Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa, berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim? Betul, mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan? Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota, bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka. Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media? Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin! Kalau beginilah caranya, alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.
Sent from my iPad
Astro Edu: Oh My Math
DAP is not capable. Fullstop.
This article could be that short, but that might caused the DAP members to miss the points.
The point is, one must be very racist, irrational or insane to continue supporting a party that couldn't even count less than 2000 votes in their Central Executive Committee election. And since the party can't even count up to 2000, how do you expect them to count millions or billions or ringgit? If they can't count, how can they be given the mandate to lead a state, what more a country?
Because of DAP's incapability, the cost for the mega tunnel which was announced at RM4.08 billion is now at RM6.3 billion. So much of the bragging, about open tender having enabled the cost to reduce from the original RM8 billion.
Flashback to the CEC election, the 'computer' had sabotaged DAP and caused hundreds of votes to disappear. And in this mega project, the 'computer' had again played trick on DAP and caused some RM2.25 billion to 'appear' out of nowhere.
If it's not mathematic that is the problem, then it must be that DAP isn't computer savvy.
Or else, DAP wouldn't be making a 'typo error' because they don't even have to type the numbers out. The numbers would have been automatically calculated by the computer. In the case of not wanting to show the whole worksheet, all the 'humans' need to do is pick the automatically calculated total, and fill in their working papers or statements or presentations for other to see.
How complicated could it be to just copy the total and not the whole calculation?
If it is really a typo error, then the names 'Annie and Party', 'Pinny', 'Davy', 'Jimmy' and 'Terry' that came out in the 'paperwork' of the project as exposed earlier, could also be 'typo errors'. Couldn't it?
After years of calling UMNO as backwards, the Malays as slow, stupid and lazy, it is finally proven that DAP is the one who is a slow learner - even dumb. But at least, we are saved from the standard obnoxious excuse that all the miscalculations are UMNO's fault.
For the record, this so-called slow, stupid, lazy, racist UMNO Malays have been ruling this country for years without any records of stupid dumb mistakes like Guan Eng did. In case Guan Eng didn't realize, it is the same UMNO that leads Malaysia to what it is today where the Chinese and other races are free to grab opportunities and become tycoons.
Instead of being embarrassed and ashamed, Lim Guan Eng called those who pointed his 'errors' out as un-professionals! Therefore, I started to wonder whether DAP too, has a problem with English.
It is becoming more obvious that Lim Guan Eng is not very smart. He has better take up a computer course, repeat his studies in mathematics or accountings and polish his English before contesting in the upcoming election.
Guan Eng should know that mistakes in presenting the cost of a mega project that would affect the tax-payers are simply, absolutely, unacceptable. Bear in mind that Lim Guan Eng is not running some small grocery business in a shop-house, he is running a state. He is not talking about his household budget – his son's pocket money or his wife's kitchen expenses. But he is talking about a controversial mega tunnel worth billions, if not votes to select the people to help him run the state.
These are only few 'mistakes' or 'errors' that we are able to detect. I wonder what would we find if we could put our hands in the Penang State's administration and scrutinize all the numbers. And I can't imagine how many 'typo errors' or 'computer problems' that we could find if we do the same to DAP's administration.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1
Senyum Petang
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1
Thursday, 28 March 2013
Yang Lebih Baik Daripada Pembantu/khadam
Sumber : JAKIM
Wednesday, 27 March 2013
sumpah laknat anwar
Setelah puas menunggu, akhirnya penyokong Pas khususnya pencacai yang begitu menyanjungi makhluk bernama Anwar sudah boleh menarik nafas lega. Ini kerana menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal pembangkang SuaraPakatanRakyat, makhluk yang dikatakan sebagai pemimpin Anugerah Tuhan itu telah bersetuju untuk bersumpah laknat.
Ia antara lainya bertujuan untuk membersihkan imejnya yang dikaitkan dengan kes Sodom aka Liwat dan skandal China Doll, sedikit masa dahulu. Malah pemimpin yang perasan kononnya dirinya layak untuk menjadi perdana menteri itu pernah beberapa kali dilihat 'hilang kawalan' apabila berdepan dengan wartawan yang mengajukan soalan berhubung isu terbabit.
Ditambah dengan beberapa fakta kes, ia semakin menyakinkan rakyat namun dimasa yang sama telah mengelirukan pencacainya yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila Anwar dilihat seolah-olah cuba mengalihkan tumpuan masyarakat dari membicarakan mengenai kes-kes tersebut.
Walaupun Anwar sebelum ini pernah berulang kali mengunakan nama Yusuf al-Qaradawi sebagai perisai kononnya ulama besar itu melarangnya dari berbuat demikian, namun perkembangan politik terkini yang tidak memihak kepadanya mungkin telah memaksanya untuk berbuat demikian.
Oleh yang demikian, Anwar merasakan kegagalannya untuk mengembalikan sokongan rakyat akan menyebabkan dirinya terdedah kepada risiko ditolak oleh pengundi Islam dan Melayu yang begitu memandang serius terhadap isu liwat dan zina. Lebih malang lagi, sekiranya calon-calon yang mewakili PKR turut menerima tempias ditolak rakyat.
Tambahan pula apabila, beliau melihat sendiri bagaimana isu tersebut telah mula memberi kesan terhadap pengundinya khususnya di Permatang Pauh sehingga menyebabkan dirinya terpaksa melarikan diri untuk mencari kawasan baru yang lebih selamat.
Maka, hasil 'campur,tolak, bahagi, darab' akhirnya Anwar terpaksa mengambil jalan selamat agar keyakinan rakyat kembali memihak kepadanya sekaligus membuka kembali harapan untuk menjadi perdana menteri.
Malah ada segelitir pemerhati politik dan golongan akademik berpendapat, sekiranya Anwar benar-benar mengambil pendekatan untuk 'bersumpah laknat' bagi membersihkan dirinya, ia akan menyebabkan BN/Umno berdepan dengan tuduhan konspirasi. Sekaligus membuktikan apa yang didakwa oleh Anwar selama ini kononya dirinya telah difitnah ada asasnya.
Tambahan pula Anwar sendiri, sebelum ini mengakui tindakan untuk bersumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral pencacai dan rakyat. Selain pencacai antara yang bakal turut terkesan dengan sumpah tersebut sudah tentu isteri dan anaknya, yang selama ini terpaksa berhempas pulas menyakinkan diri mereka sendiri, bahawa Anwar tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.
Namun persoalannya ialah, sekiranya benar Anwar ingin bermubahalah seperti yang didakwa portal tersebut, mengapa ia dilakukan setelah majoriti rakyat percaya dengan yakin bahawa Anwar terlibat dengan seks luar tabii dan China Doll?
Tidak ketinggalan ialah, mengapa ia dilakukan apabila majoriti golongan agama di dalam Pas mula menolaknya sebagai calon Perdana Menteri? Bukankah jelas, ia dilakukan semata-mata atas kepentingan politik peribadinya. Hanya setelah merasakan kerusi Putrajaya telah semakin jauh meninggalkan dirinya, baru Anwar ingin mengambil pendekatan menolak dakwaan yang dilemparkan.
Sedangkan secara logik akal, mereka yang benar-benar tidak bersalah akan segera membersihkan namanya dari terus dikaitkan dengan kesalahan moral. Tambahan pula ramai dikalangan pencacainya yang merasakan Anwar adalah merupakan calon yang terbaik dikalangan pemimpin yang ada.
.
Kesimpulanya sumpah laknat yang bakal dilakukan itu bukanlah untuk membersihkan namanya, tetapi dilakukan semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri ke-7 tercapai.
ANWAR TERBANTUT
Pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang diumumkan Perdana Menteri pada 25 Mach lalu adalah satu langkah yang kena pada tempat dan masa bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu yang dipercayai didalangi oleh pembangkang.
Kerajaan Barisan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mengekang serta mengalahkan usaha jahat pembangkang yang mahu memporak perandakan negara menjelang pembubaran parlimen dan Pilihan Raya Umum ke 13.
Walaupun keadaan agak getir pada peringkat awal tatkala pasukan keselamatan berdepan dengan gerombolan pengganas yang lengkap bersenjata, namun berkat kerjasama pasukan polis dan tentera melalui konsep Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang menjadi asas kepada program transformasi Perdana Menteri, ancaman terhadap kedaulatan negara mampu di atasi dengan baik.
Jika dahulu pembangkang menggunakan isu kehadiran ramai pendatang tanpa izin dan penduduk tanpa negara di bumi Sabah untuk menyerang kerajaan, kini mulut mereka sudah terkunci apabila tertubuhnya ESSZONE.
ESSZONE yang merangkumi 10 daerah di sepanjang 1,400 kilometer pesisir pantai timur Sabah meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang.
Rasional menubuhkan ESSZONE bukanlah mainan politik tetapi berpunca daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu yang mengorbankan dua komando polis serta pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan enam anggota.
Langkah kerajaan untuk memastikan pencerobohan pengganas Sulu tidak bertukar menjadi tragedi yang lebih ngeri boleh dilihat daripada tindakan untuk menambah sebanyak lima lagi batalion tentera dengan sokongan pihak polis.
Di samping itu lima lagi balai polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.
ESSZONE akan berpusat di Lahad Datu sebagai 'central command' mengawal serta memantau 10 daerah di dalam kawalannya di
sepanjang pantai timur Sabah.
Objektif jangka pendek sudah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan walaupun dalam fasa awal melawan pengganas Sulu, negara bersedih kerana kehilangan 10 wira.
Sehingga kini 65 musuh berjaya ditembak mati manakala 110 lagi individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 sementara 416 yang lain ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berada dalam zon larangan Operasi Daulat.
Agenda pembangkang untuk mencetus huru hara ketika negara di ambang pilihan raya dengan mendalangi mengguna isu tuntutan kesultanan Sulu nampaknya sudah dipatahkan dan peranan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai bapa petualang dalam krisis keselamatan di Sabah akan ditelanjangkan tidak lama lagi.
Usaha pantas kerajaan menggembeleng aset ketenteraan serta keselamatan negara secara pantas dan efisien untuk memerangi pihak yang cuba menodai kadaulatan negara membuktikan kemampuan luar biasa pasukan polis dan tentera Malaysia.
Ketika Anwar mengadakan komplot sulit dengan sekutunya, Nur Misuari dari MILF, mungkin beliau terlupa memikirkan kekuatan dan kemampuan pasukan keselamatan Malaysia untuk melindungi negara daripada sebarang pencerobohan.
Anwar tidak lagi boleh berselindung dengan apa-apa alasan untuk membersihkan dirinya daripada isu pencerobohan pengganas Sulu kerana bukti pembabitan beliau seperti yang didedahkan oleh media asing seperti Reuters, Phillipine Daily Inquirer dan Manila Times sudah cukup jelas dan nyata.
Cubaan kroninya seperti Tian Chua juga yang menuduh UMNO yang mendalangi peristiwa berdarah di Sabah untuk mengalih pandangan rakyat juga tidak dipercayai lagi oleh rakyat.
Dakwaan jahat dan tidak masuk akal itu dibuat hanya untuk terus mengapi-apikan hati rakyat serta mempengaruhi minda rakyat supaya bangkit menentang kerajaan.
Kerjasama erta yang diberikan oleh rakyat tempatan termasuk mereka yang berketurunan Suku terhadap usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu membuktikan segala yang didakwa pembangkang adalah pembohongan semata-mata.
Kewujudan ESSZONE pada matlamat masa panjang pula akan memastikan kemajuan dan pembangunan negeri Sabah seperti mana yang dinikmati rakyat sekarang akan terus kekal.
Ia bertindak sebagai serampang dua mata - mengekang kemasukan pendatang asing serta kegiatan penyeludupan oleh kumpulan pendatang asing di samping memastikan keselamatan penduduk negeri Sabah
terjamin.
ESSZONE bukannya satu tindakan kerajaan yang terburu-buru kerana model pelaksanaannya berdasarkan kepada Markas Keselamatan Kawasan Rajang atau RASCOM (Rejang Security Command) yang telah diimplementasi pada tahun 1970an di Sarawak bagi menangani ancaman komunis ketika itu.
Kejayaan RASCOM menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak berjaya membawa keamanan ang berkekalan hingga ke hari ini.
Keamanan ini seterusnya diterjemahkan kepada kemajuan serta pembangunan sosio-ekonomi yang pesat yang dinikmati oleh rakyat Sarawak keseluruhannya.
Penubuhan ESSZONE juga mampu meningkatkan tahap keselamatan negeri yang besar seperti Sabah seperti mana matlamat yang sama dicapai oleh RASCOM.
Selepas wujudnya ESSZONE, rakyat Sabah akan melihat dengan sendiri betapa perancangan dasar ekonomi itu akan melonjak dalam keadaan aspek keselamatan dan ketenteraman awam dapat dipulih serta dipertingkatkan.
Impian pembangkang untuk menjadikan Sabah sebagai batu loncatan untuk mereka menuju ke Putrajaya sudah berkubur dengan adanya ESSZONE.
ends
PERCAYA PADA PADERI
Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.
Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.
Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.
Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).
Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat?
Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?
Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.
Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.
Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.
Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?
Tuesday, 26 March 2013
10 SEBELUM 13
10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU-13
http://mynewshub.my/2013/03/23/10-kejutan-anwar-ibrahim-menjelang-pru-13/
Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.
Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…
Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.
Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.
Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.
Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.
Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.
Demi PM…Anwar boleh buat rasanya….
Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.
Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.
Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.
Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.
1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.
2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.
3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.
4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA " Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh ", MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA " Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.
5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata "INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA.."
6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (digangu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.
7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin
8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
9 -Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ).
***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.
10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti.Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah " wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… " (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)…MYNEWSHUB.MY
Monday, 25 March 2013
TerJah LaHad Datu
- Raja Petra Kamarudin
Saya menulis berkenaan perkara ini lapan tahun yang lepas pada 2005. Namun mungkin ramai antara anda masih belum lagi membaca Malaysia Today pada tahun 2005 jadi terlepas untuk membaca apa yang saya tulis.
Sesiapa yang masih mengingati apa yang saya tulis, ceritanya agak panjang namun secara asasnya berkisar tentang hubungan antara pemimpin Islam dalam Kerajaan Malaysia dan juga pemimpin Islam di Filipina serta peranan yang dimainkan Malaysia berhubung "hal ehwal dalaman" Filipina.
Kebanyakan orang Malaysia tidak dapat memahami perbezaan antara Sulu, MNLF, MILF dan Abu Sayyaf—seperti mereka yang tidak mengerti perbezaan antara PLO dan Hamas. Walaubagaimanapun, izinkan saya merumuskan bahawa mereka ini adalah serpihan ataupun seteru kumpulan orang Islam di Filipina yang menuntut kemerdekaan, sama seperti orang Palestin di Timur Tengah.
Malaysia sebagai sebuah negara Islam, bersimpati dengan orang Islam di Filipina—sama seperti orang Islam di Selatan Thailand—dan kita telah banyak membantu dalam apa cara bagi menyelesaikan isu di Filipina dan Selatan Thailand.
Sepanjang jalan, bagaimanapun, sesuatu yang buruk telah berlaku. Seperti yang telah saya tulis pada tahun 2005, ada janji yang tidak dipenuhi. Dan ini ada kaitan dengan 'isu IC' Sabah (anda tidak perlu RCI untuk saya beritahu anda). Dan yang menyebabkan krisis tebusan Sipadan dan penglibatan Libya dalam menyelesaikan krisis selepas berbulan menemui jalan buntu.
Dilaporkan sejumlah RM50 juta bertukar tangan untuk mendapatkan pembebasan tebusan, kos yang ditanggung oleh Libya. Sudah tentu, tiada siapa yang akan mengaku hakikat ini walaupun mereka sendiri tidak akan dapat untuk menjelaskan bagaimana dan mengapa tebusan tersebut akhirnya dibebaskan.
Tetapi semua itu berlaku beberapa dekad yang lalu. Kita bercakap tentang permulaan krisis pada tahun 1970, apabila ramai daripada anda masih belum dilahirkan lagi, dan krisis tebusan 30 tahun kemudian pada tahun 2000. Sejak itu segala-galanya telah menjadi sangat tenang – sehinggalah tahun lepas apabila keseluruhan perkara ini telah dibangkitkan dalam persediaan untuk pilihanraya umum akan datang.
Ini apa yang berlaku baru-baru ini.
Pada 16 Julai 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Nur Misuari yang sangat rapat dengan Anwar sejak Anwar berada dalam kerajaan, dan komander tentera MNLF. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Jakarta dan telah diatur oleh Ahli Parlimen Indonesia, seorang lagi kawan rapat Anwar, dibawah arahan Anwar sendiri.
Mesyuarat kedua telah diadakan di Manila pada 4 Ogos 2012 untuk memuktamadkan dan menandatangani perjanjian. Anwar terbang ke Manila dengan penerbangan MH 704, dan jika anda semak butiran penerbangan, anda dapat mengesahkan perkara ini, dan beliau juga telah ke Jakarta hanya dua minggu sebelum itu.
Dalam mesyuarat itu, Anwar memberitahu Misuari bahawa dia memerlukan bantuan untuk memenangi pilihanraya umum akan datang. Pakatan Rakyat yakin memenangi sekurang-kurangnya 82-85 daripada 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Beliau tidak yakin dengan 57 kerusi di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 30 daripada 57 kerusi di Malaysia Timur untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang cukup tipis tetapi selesa. (Anwar boleh meningkatkan majoriti ini kemudian dengan membawa ahli-ahli parlimen Barisan Nasional untuk beralih arah apabila mereka membentuk kerajaan). Untuk ini berlaku, Anwar memerlukan sokongan umat Islam di Malaysia Timur, khususnya di Sabah, ramai daripada mereka adalah orang Islam Filipina dengan kewarganegaraan Malaysia dan hak mengundi.
Anwar berjanji kepada Misuari bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak akan diberi autonomi, seperti yang telah mereka perjuangkan selama lebih 42 tahun sejak tahun 1970. Kedua-dua negeri di Malaysia Timur juga akan diberikan royalti minyak 20%, peningkatan sebanyak 15% daripada kadar semasa 5%. Ini akan memastikan bahawa kedua-dua negeri ini akan menjadi sangat kaya - dianggarkan RM4 bilion setahun bagi setiap negeri.
Tambahan pula, semua rakyat Filipina yang bukan warganegara Malaysia di Malaysia Timur akan diberi kewarganegaraan, atau sekurang-kurangya status pemastautin tetap yang sangat minimum, supaya mereka boleh mencari pekerjaan di Sabah. Pekerjaan untuk mereka juga akan dijamin.
Nur Misuari bersetuju dengan terma-terma tersebut dan kemudiannya melantik Haji Ibrahim Omar sebagai penyelaras MNLF atau 'duta tidak rasmi' ke Sabah untuk membantu Anwar meraih sokongan umat Islam Filipina di negeri itu.
Dan itulah sebabnya kerajaan Malaysia teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik apabila krisis Lahad Datu mula menjelma. Pihak Kerajaan tahu ada sesuatu di sebalik insiden tersebut dan pada masa itu masih belum jelas kaitannya secara total.
Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja. Mengambil tindakan ketenteraan hanya akan memberikan kelebihan kepada pihak pengkomplot dan meyakinkan pihak orang Islam Filipina di Sabah agar bangkit menyokong Anwar bagi mendapatkan autonomi dari pihak Kerajaan Persekutuan.
Ya, kejadian di Lahad Datu adalah satu 'wayang', seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. Tidak ramai yang akan berani untuk menyangkal perkara ini. Ramai rakyat Malaysia juga yakin bahawa terdapat 'dalang' di sebalik kejadian ini. Apa yang mereka tidak tahu ialah: Siapa dalang tersebut? Malaysia Today telah mendedahkan cerita ini dan saya mencabar kerajaan Malaysia untuk menafikan kesahihan apa yang saya baru dedahkan.
Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan ialah samada 'perang mulut' antara MNLF dan MILF juga satu "wayang". Dengan mencanangkan konflik ini, proses damai akan hancur berkecai dan ini memberi mereka alasan untuk meneruskan konflik bersenjata. Walaubagaimanapun, hubungan antara MNLF dan serpihan kumpulan lain tidaklah bergejolak seperti apa yang ia pamerkan di sebalik tabir, jika gambar di atas dijadikan kayu ukurannya.
Kesimpulannya, memang wujud banyak plot dan sub-plot dalam perkara ini, yang mana akhirnya kita sendiri tidak mengetahui siapa yang mempermainkan siapa
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1
Pakat tipu Rakyat
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1
MALAYSIAKU TERCINTA
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1
KeCUt PeRuT
Ketua Pembangkang dan pimpinan Pakatan Rakyat hanya menyatakan sokongan mereka kepada usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu pada 20 Mach lalu, iaitu 15 hari setelah berlakunya pencerobahah ke atas kedaulatan negara.
Lima belas hari atau lebih daripada dua minggu untuk menunjukkan rasa prihatin dan simpati terhadap kematian 10 anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa untuk mempertahankan ibu pertiwi bukan sahaja dilihat tidak ikhlas tetapi juga biadap dan tidak bermaruah.
Namun kebiadapan dan ketidak ikhlasan Anwar dan pimpinan pembangkang tidak mampu menutup agenda yang lebih licik dan jahat disebalik kelewatan tanda sokongan kepada pasukan pembangkang.
Anwar dan kuncu-kuncunya dari PKR, Pas dan Dap pada mulanya sudah yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan pada awal Mach namun jangkaan mereka meleset.
Atas andaian tersebut Anwar menyusun strategi bersama bekas pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro pemisah (MILF), Nur Misuari berkomplot agar serangan ke atas negeri Sabah dilancarkan seiring dengan PRU13.
Ini bertujuan untuk menimbulkan keadaan huru hara serta kacau bilau semasa kempen pilihan raya sedang berjalan supaya pihak pembangkang boleh menyalahkan kerajaan atas serangan puak pengganas Sulu itu.
Ini boleh dilihat daripada kenyataan segera yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan itu didalangi UMNO kononnya untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing.
Jika dilihat kronologi apa yang berlaku bermula daripada pertemuan sulit Anwar dan Misuari pada November 2012 empat bulan lalu termasuk pertemuan bekas pemimpin PKR Dr Jeffrey Kitingan dengan wakil kesultanan Sulu terdahulu daripada itu, adalah jelas pertemuan-pertemuan rahsia tersebut adalah untuk menyusun strategi bagi pencerobohan 5 Mach lalu serentak dengan pengumuman PRU13.
Bagaimanapun semua perancangan jahat Anwar dengan koloborasi Misuari dan puak pengganas Sulu gagal menjadikan peristiwa serangan di Lahad Datu dan Semporna hasil kecekapan pasukan keselamatan negara dan respons pantas kerajaan untuk menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas sepanjang 1400 kilometer di pantai timur Sabah (ESSCOM).
Kini Anwar sudah amat tersepit dan menuduh pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengguna isu serangan pengganas Sulu di Sabah sebagai alasan untuk mendakwa.
Hakikatnya bukan kerajaan Malaysia yang mendedahkan pembabitan Anwar dengan puak pengganas Sulu tetapi sebaliknya ini dilakukan oleh badan perisikan Filipina di mana maklumat yang diperolehi telah digunakan oleh agensi berita antarabangsa seperti Reuters dan portal berita Philippine Daily Inquirer dan akhbar Manila Times.
Malah Anwar menerima tamparan hebat apabila pimpinan MILF menafikan dakwaan Misuari yang dipetik oleh Al-Jazeera yang menuduh Kerajaan Malaysia menggunakan organisasi itu bagi memperkukuh tuntutan ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro.
Luwaran News Centre memetik kenyataan Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen yang mempertahankan Kerajaan Malaysia sambil menganggap dakwaan Misuari itu sebagai 'dosa berat', pembohongan dan palsu semata-mata.
Anwar berpakat dengan Misuari untuk memburuk-buruk nama baik dan imej Kerajaan Malaysia di mata dunia serta anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Namun fakta sebenar dan hakikat tidak boleh dipadam sama sekali berhubung peranan pro-aktif Malaysia yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002.
Malaysia mencadangkan pembentukan BSC dengan tujuan murni untuk menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan MILF serta menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka dalam berurusan dengan OIC.
Malah hujah Ameen Malaysia tidak pernah terbabit dalam sebarang usaha mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo yang meminta bertindak sebagai pihak perantara pada 2001
Sekutu Anwar itu ditanya mengapa sangat kini giat
menyokong tuntutan Sabah sedangan selama 21 tahun rundingan damai dengan kerajaan Filipina tidak pernah beliau menimbulkan isu itu.
Malah fakta juga membuktikan Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF (GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada isu tuntutan Sabah.
Apabila dirinya terperangkap dalam permainan politik kotor dengan kerjasama Misuari dan kelompok kesultanan Sulu, Anwar kini cuba mengalih kesalahan ke atas bahu UMNO dan Barisan Nasional pula.
Sehingga kini beliau tidak mahu mengulas walau sedikit pun mengapa ia perlu bertemu Misuari secara rahsia tahun lalu dan apakah isu kandungan rundingan tersebut.
Mengapa Anwar takut untuk memberi penjelasan dengan sendirinya adalah jelas kerana ia menjurus kepada peranan kedua-dua individu untuk mencetuskan serta merancang serangan pengganas di Sabah.
Kali ini Anwar dan kuncu-kuncunya yang terlibat dalam menyerang Sabah tidak akan dapat lari daripada pengkhianatan yang mereka lakukan kerana Kertas Putih yang kini disediakan kerajaan akan mendedahkan segala butiran mengenai peranan mereka yang sebenar.
Malah kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu yang akan bermula pada 12 April sudah membuat Anwar menggeletar.
Seluruh rakyat Malaysia menunggu tarikh bersejarah itu kerana pada hari itu, permaianan Anwar sudah sampai ke penghujungnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1
KERUSI PASaPKRaDAP
Sana sini heboh maklum tentang 'tabiat' rebut kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika bahang pembubaran Parlimen semakin dirasai untuk memberi laluan kepada 'ibu segala pilihanraya' PRU-13 dilangsungkan. Berikut adalah antara episod permainan 'rebut kerusi' mereka;
Parlimen Gelang Patah
Pertelagahan antara Ketua DAP Johor dan Pengerusi PKR Johor akhirnya ditamatkan oleh pengumuman Ketua Umum PR bahawa calon kerusi ini adalah veteran DAP, Lim Kit Siang. Tidak semena-mena, nama Lim Kit Siang yang dipilih sehingga menyebabkan kelibat Chua Jui Meng tidak lagi kelihatan dalam mana-mana ceramah umum di Johor setelah pengumuman tersebut. Difahamkan, Chua Jui Meng akan ditawarkan sebuah kerusi di Kedah, persoalannya, apakah PKR di Kedah ada pengaruh kuat? Dan yakinkah PR masih memimpin Kedah selepas PRU-13 ketika gelombang 'Save Kedah' oleh BN kuat bergema!
Parlimen Bagan Serai
Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhamad Nur Manuty diumumkan oleh Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi ini dalam satu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai tempoh hari. Berikutan pengumuman ini, PAS Kawasan Bagan Serai menzahirkan protes dengan mengadakan sidang akhbar menyatakan tidak menyokong pencalonan PKR di kawasan ini malahan nekad meletakkan calon dari PAS. PAS Bagan Serai turut memaklumkan kemungkinan besar berlakunya pertandingan 3 penjuru antara calon BN vs calon PKR vs calon PAS. Sekiranya pucuk pimpinan tertinggi PAS tidak merestui permintaan PAS Bagan Serai, mereka juga nekad memboikot jentera PAS untuk tidak membantu calon PKR malahan tidak akan turun mengundi calon PKR tersebut.
Seimbas lalu, kerusi Bagan Serai adalah kerusi 'tradisi' PAS sebelum diserahkan kepada PKR pada PRU-12. Pada PRU-12, calon PKR, Mohsin Fadzil menang tetapi bertindak keluar parti selepas itu dan menjadi YB Bebas. Masakan PAS tidak serik dengan 'pengkhianatan' rakan sekutu mereka..?
Perkembangan terbaru, Anwar Ibrahim dikatakan bakal bertanding di Kerusi Bagan Serai sebagai langkah menamatkan konflik pertelagahan ini. Situasi yang hampir sama dilakukan di Gelang Patah. Apakah kepimpinan PAS Bagan Serai sudi menerima jangkaan keputusan ini? Dan di manakah nasib Dr Manuty yang sudah diumumkan sebagai calon di sini?
DUN Changkat Jering
YB Mohamad Nizar, bekas MB Perak diumumkan sebagai calon untuk kerusi ini oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain. Pengumuman ini katanya telah mendapat restu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut berjaya mencetuskan konflik dengan rakan pakatan yakni PKR. PKR Perak menyatakan ketegasan bahawa pencalonan YB Nizar ini bukti PAS telah 'melanggar syarat' antara mereka difahamkan berkenaan isu pertukaran kerusi boleh menang. Walau bagaimanapun, PAS Perak bertegas meletakkan calon di DUN ini sebagai respons 'balas dendam' kepada pengumuman PKR meletakkan calonnya di Parlimen Bagan Serai.
Untuk rekod, kerusi Changkat Jering sehingga 2004 milik PAS sebelum dihadiahkan kepada PKR pada 2008. Kpt (B) Osman Jailu dari PKR menang tetapi bertindak keluar PR selepas memenangi kerusi ini.
DUN di Kedah
Kebuntuan sudah membarah dan terbaru, kes sabotaj satu ceramah PR di Alor Semadom, Alor Setar dipercayai dari kelompok dalam PR akibat ketidakpuashatian berkenaan pencalonan kerusi. Dikhabarkan, PAS Alor Setar yang mahu berebut DUN Bakar Bata, milik kuota PKR sebelum ini. PAS berkeras mahu meletakkan Timbalan Yg Dipertua PAS Alor Setar yang gigih melobi sehingga merancakkan pertengkaran mulut antara PKR dan PAS. Itu bukan satu-satunya kes di Kedah, umum mengetahui, penentuan formula pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR di Kedah masih bermasalah kerana kedegilan PAS untuk menggunakan formula sama pada PRU 2008. Dalam formula itu, DAP tentunya seperti 'melukut di tepian gantang'.....
Dalam permainan 'rebut kerusi', memang ada seronoknya. Mengelilingi bulatan kerusi sambil diiringi alunan muzik, muzik dihentikan, kita pun berebut. Pasti ada yang terjatuh tersingkir tak mendapat kerusi. Dalam realiti politik, yang 'bermain rebut kerusi' bukan seorang. Pemainnya disingkir, penyokongnya bakal menyingkir...
Sepakat membuka mata, mencelik minda..
Perebutan kerusi menggambarkan pakatan sangat lemah!
Perebutan kerusi menggambarkan pakatan rakus (PR) dan tamak kuasa!
Sepanjang pengamatan, tabiat sebegini tidak diamalkan Kerajaan BN kerana permuafakatan 13 parti komponen cukup utuh dan bukan secara semberono tetapi diperhalusi sebaiknya oleh YAB Pengerusi BN untuk transformasi politik yang berkesan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1
Saturday, 23 March 2013
HARAM HUDUD PAS
KUALA LUMPUR, 13 Feb — Beberapa orang ulama di Kelantan berkata mengundi PAS dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana kerjasama parti tersebut dengan DAP yang mahu kalimah 'Allah' dibenarkan dalam kitab Injil Bahasa Melayu.
Menurut pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, kegagalan PAS mempertahankan Islam terutamanya penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik pemimpin PAS dilihat seolah-olah jahil agama.
"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam.
"Dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam, maka disinilah kita berjihad, kita jangan undi PAS," kata Abdullah yang dipetik kenyataannya dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Menurut Abdullah, PAS perlu ditolak kerana menyokong kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyatakan sokongan ke atas hasrat DAP meskipun bertentangan dengan Majlis Syura Ulama PAS.
"Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu, adalah membenarkan kalimah Allah digunakan untuk bukan Islam," katanya lagi.
Ahli jawatankuasa Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd. Yusof al-Hafiz berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) kononnya atas tahaluf siyasi sebenarnya atas nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku ialah PAS adalah kuda tunggangan DAP.
"Tahaluf siyasi PAS adalah haram, maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta, antaranya PAS bukan parti dominan, sebaliknya kerjasama itu dibuat dengan DAP yang jelas menolak penubuhan kerajaan Islam.
"Tahaluf siyasi yang sebenar kita lihat jelas dalam Barisan Nasional, dimana Umno adalah 'imam' manakala MIC dan MCA adalah 'makmum' yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam," kata Mohd Syamsul lagi.
Seorang lagi ulama di Kelantan, Mohd Zawawi Awang berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan orang bukan Islam sama berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.
"Gerakan ini sebenarnya bermula berpuluh tahun lalu dan masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari," kata Zawawi, yang juga ahli jawatankuasa Ikatan Cendikiawan Islam Kelantan (ICIK).
Isu penggunaan kalimah Allah timbul kembali pada Disember lalu apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga merupakan ketua menteri Pulau Pinang mendesak kerajaan membenarkan kalimah digunakan dalam bible versi Bahasa Melayu.
Pakatan pembangkang PAS, DAP dan PKR kemudiannya membuat ketetapan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan.
Walau bagaimanapun, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah adalah kalimah khusus Islam dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.
Sent from my iPad